Monday, 13 June 2011

Imam al-Ghazali ada menyatakan perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:




·                     Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.


·                     Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.


·                     Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.


·                     Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.


·                     Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.

No comments:

Post a Comment