Monday, 13 June 2011

Imam al-Ghazali ada menyatakan perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:




·                     Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.


·                     Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.


·                     Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.


·                     Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.


·                     Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sunday, 12 June 2011


Gambar yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah tetapi versi yang lain iaitu melalui internet. Seperti yang selalu berlaku dalam laman-laman sosial. Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita. Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya : Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12) Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia
mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang
siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan
tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang
lumpuh kerana membantu wanita tersebut.

Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran
besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau
sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang
beriman, akan mendapat azab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

Tuesday, 7 June 2011



Gambaran Siksaan
 
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : "Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bmimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi.
"Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti".   Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku  terus berjalan.
"Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya,  tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali."  Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali."  Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda."
Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat"
Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail."

Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu"  Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku"  Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk" 
Berikut adalah  gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.

Peristiwa Isra' 
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan  orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.


6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak  sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar. 

Peristiwa Mi'raj 


1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan   kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.


5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.


10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia. 


Monday, 6 June 2011


Bilakah Mengumpat (Ghibah) dibenarkan?
Soalan :
Seringkali kita diperdengarkan tentang 
haramnya mengumpat atau bercerita tentang hal 
orang lain (ghibah). Namun begitu, apakah benar
ghibah adalah haram untuk semua keadaan?


Jawapan : 
Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah,para 
ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat 
bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) 
adalah haram.Ghibah dibolehkan untuk tujuan 
yang sah mengikut syari’at,
di mana ada permasalahan yang  tidak dapat diselesaikan 
kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut.


Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan
 Rasulullah yang membenarkan dan tidak
 melarang Ghibah pada keadaan tertentu
 seperti yang disebutkan  dalam dalil-dalil
 di bawah.  Terdapat enam situasi yang
 membolehkan Ghibah dilakukan:

Pertama, mengadukan kezhaliman
 (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi 
untuk mengadukan kezaliman yang menimpa
 dirinya
 kepada penguasa, qadhi, atau yang 

memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak 

yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut

 keadilan ditegakkan, misalnya dengan

 mengatakan Si Fulan telah melakukan

 kezaliman terhadapku dengan cara

 seperti ini dan itu.

Kedua, permintaan bagi membantu
 mencegah kemungkaran dan 
 mengembalikan pelaku maksiat
 ke jalan yang benar
 (al isti’ânah ‘ala taghyîril 
 munkar 

wa raddal ‘âshi ila ash shawâb).

 Seseorang itu boleh menceritakan

 kepada orang yang boleh diharapkan 

untuk mencegah kemungkaran dengan 

cara menerangkan si Fulan telah 

melakukan itu atau ini dan sekaligus

 menyelamatkan fulan tersebut dari 

kemaksiatan dan kemungkaran.

 Dengan kata lain, maksud penceritaan

 itu mesti menuju kepada terhapusnya

 suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu

 tidak bertujuan untuk mencegah 

kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

Ketiga
, permintaan fatwa
 (al istiftâ`). Misalnya, seseorang
 mengatakan kepada seorang mufti 
(pemberi fatwa), ayahku
 (atau saudaraku atau
 suamiku atau fulan)
 telah menzalimi aku
 dengan cara begini. 
Lalu apa yang harus aku 
lakukan padanya?; 
Bagaimana cara agar aku
 terlepas darinya, mendapatkan 
hakku, dan terlindung dari
 kezaliman itu? Atau apa sahaja
 pertanyaan yang seperti itu. 
Maka hukumnya boleh jika diperlukan. 
Tetapi lebih tepat dan lebih afdal
 jika ia mengatakan, 
bagaimana pendapat
 anda tentang orang atau 
seseorang, atau seorang suami 
yang telah melakukan hal 
 seperti ini? Oleh itu, ia akan
 dapat memperoleh jawapan
 tanpa perlu menceritakan 
perinciannya iaitu tanpa 
perlu menyebut siapa orangnya 
dan sebagainya. Meskipun demikian,
 tetap dibolehkan untuk melakukan
 perincian (at ta’yîn), sebagaimana 
yang akan diceritakan di dalam 
hadits dari Hindun seperti di bawah nanti.


Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar 
sentiasa berwaspada terhadap suatu 
keburukan dan menasihati mereka
 (tahdzîrul muslimîn min asy syarr 
wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa
 situasi antaranya adalah ;
 menceritakan keburukan sifat
 orang yang memang perlu
 disebutkan keburukannya
 (jarhul majrûhîn) iaitu dari
 kalangan para perawi hadis
 dan saksi-saksi
 (di pengadilan,).
 Hal ini dibolehkan menurut
 ijma’ kaum muslimin. Bahkan
 boleh menjadi wajib untuk suatu
 keperluan tertentu. Contoh
 lainnya adalah meminta
 pandangan atau pendapat
 (musyawarah) tentang
 seseorang calon suami/isteri
 yang bakal di nikahi
 (mushâharah), kerjasama,
 memutuskan kerjasama, 
 mua’amalat dan
 lain sebagainya, 
atau tentang hubungan 
kejiranan. Maka wajib
 bagi orang yang dimintai
 pendapat itu untuk tidak
 menyembunyikan maklumat
 berkenaan orang yang ingin
 diketahui. Bahkan ia mesti 
menyebutkan sikap-sikap
 buruknya yang memang
 diniatkan untuk melakukan
 nasihat. Contoh lainnya lagi
 adalah jika seseorang
 melihat orang lain yang
 belajar agama pada 
orang yang berbuat bidaah
 atau orang fasik dengan
 niat untuk mendapatkan 
ilmu dari pelaku bidaah dan
 orang fasik tersebut, lalu
 dengan itu dikhuatiri ia akan
 mendapat kemudaratan, maka
 ia mesti menasihatinya dan 
memberikan penjelasan
 mengenai keadaan sebenarnya.
 Dengan syarat, dia benar-benar
 bermaksud untuk memberi nasihat.
 Hal ini berkemungkinan untuk
 terjadinya kekeliruan kerana 
kadangkala si pemberi nasihat
 memiliki rasa cemburu dan iri
 hati sehinggakan syaitan 
mencampuradukkan antara
 nasihat dan rasa cemburu 
dan iri hati. Syaitan menghadirkan 
bayangan padanya bahawa
 hal itu adalah nasihat dan 
 akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Hal ini merangkumi situasi 
di mana seseorang itu
 memiliki kekuasaan 
dan dia tidak melaksanakan
 tanggungjawab yang sepatutnya.
 Terdapat kemungkinan yang
 berlaku iaitu dia memang tidak
 layak atau fasiq mahupun lalai,
 atau yang sejenis dengannya. Maka,
 adalah wajib hal itu dilaporkan 
kepada orang atasan yang
 memiliki kekuasaan yang lebih
 tinggi daripadanya agar kelalaian
 itu dapat diatasi atau digantikan 
dengan orang yang lebih
 berkebolehan.
 Orang atasan tersebut
 mestilah mengambil
 pendekatan yang sesuai
 dengan  keadaan orang yang
 lalai tersebut tanpa 
berlengah dan sepatutnya
 berusaha menasihati si pelaku 
kesalahan itu agar istiqamah 
 ataupun menggantikannya
 dengan orang lain yang lebih amanah.

Kelima, seseorang yang
 memperlihatkan secara
 terang-terangan 
(al- mujâhir) kefasiqan 
atau perilaku bidaahnya
 seperti memperlihatkan
 perbuatan minum arak,
 merampas barangan,
 mengambil ufti
( memberi wang, emas
 dan sebagainya kepada 
yang berkuasa), 
pengumpulan harta secara
 zalim, memimpin dengan
 sistem yang batil iaitu 
selain dari sistem Islam
 dan sebagainya.
 Maka ini boleh untuk
 disebutkan kerana 
perbuatan itu dilakukan
 secara terang-terangan
 (mujâharah). Namun bergitu,
 hal-hal lain yang merupakan
 aib yang disembunyikan tidak
 boleh untuk diceritakan 
melainkan tujuannya adalah
 seperti yang telah 
disebutkan sebelum ini.

Keenam, panggilan nama
 atau gelaran(at-ta’rîf).
 Jika seseorang itu telah
 dikenali dengan nama 
laqab (panggilan 
 atau gelaran)
 seperti al-A’masy
 (Si Mata Rabun) 
atau al-A’raj (Si Tempang), 
atau al- Ashamm (Si Pekak), 
al-A’maa (Si Buta),
al-Ahwal (Si Juling),
 dan sebagainya maka
 mereka boleh digelar
 dengan 
panggilan 

tersebut namun

 diharamkan untuk 

menyebut kekurangannya

 yang lain. Akan tetapi

 adalah lebih baik sekiranya

 gelaran-gelaran ini tidak di

 gunakan untuk memanggil

 seseorang dan dihindari

 dari di gunakan.

Inilah enam sebab yang
 disebutkan oleh para
 ulama dan disepakati
 oleh sebahagian besar
 mereka. Berikut adalah di
 antara dalil-dalil yang
 menunjukkan bahawa
 perbuatan 
mengumpat/ghibah 
di dalam keadaan seperti
 di nyatakan di atas
 adalah di bolehkan:
عن عائشة رضي
الله عنها أن رجلا استأذن 
على النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:ائذنوا له، 
بئس أخو العشيرة‏؟‏ (‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.


Dari Aisyah radhiallahu 
anha bahwa seseorang
 meminta izin pada Nabi 
Sallallahu Alaihi wa
 Sallam, lalu beliau
 berkata:izinkanlah ia,
 seburuk-buruk 
saudara suatu 
kabilah. [Muttafaq Alaih]
Al Bukhari berhujjah
 dengan hadis ini 
mengenai kebolehan
 berghibah terhadap
 ahlul fasad
 (pembuat kerosakan)
 danahlu ar rayb 
(menciptakan keraguan).
 
وعنها قالت‏: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:
‏ما أظن فلانًا وفلانًا يعرفان من ديننا شيئًا‏ (‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏. 
قال الليث بن سعد أحد رواة هذا الحديث‏: 
هذان الرجلان كانا من المنافقين


Dan masih dari Aisyah,
 ia berkata: Rasulullah 
Sallallahu Alaihi wa 
 Sallam bersabda, aku 
melihat si fulan 
dan si fulan tidaklah
 mengetahui sedikitpun 
dari perkara agama kami.
 [HR al Bukhari]. 
Al Layts ibn Sa’ad—salah
 seorang perawi hadits
 ini—berkata: kedua orang
 yang disebut di sini 
adalah orang munafiq.
 
وعن فاطمة بنت قيس رضي الله عنها قالت‏: 
أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقلت‏: 
إن أبا الجهم ومعاوية خطباني‏؟‏ فقال رسول
الله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏‏أما معاوية،
فصعلوك لا مال له ، وأما أبوالجهم، 
فلا يضع العصا عن عاتقه‏ (‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)


Dari Fathimah binti
 Qays radhiallahu
 anha, ia berkata: 
aku mendatangi
 Nabi Sallallahu 
Alaihi wa sallam
 lalu aku berkata, 
sesungguhnya 
 Abul Jahm dan Mu’awiyah 
telah mengkhitbahku
Lalu Rasulullah 
Sallallahu Alaihi 
wa Sallam berkata,
 adapun Mu’awiyah 
adalah orang fakir,
 ia tidak mempunyai harta.
 Adapun Abul Jahm, ia 
tidak pernah meletakkan 
tongkat dari bahunya.
 [Muttafaq alaih]

Dan dalam riwayat
 Muslim, haditsnya berbunyi:

 
‏وأما أبو الجهم فضراب للنساء‏

Adapun Abul Jahm ia suka memukul wanita.


Ini merupakan penjelasan 
dari riwayat sebelumnya
 yang mengatakan ia 
tidak pernah meletakkan
 tongkat dari bahunya.
 Juga dikatakan 
bahwa makna ia
 tidak pernah
 meletakkan tongkat 
dari bahunya adalah 
katsiirul asfaar,
 yakni banyak
 bepergian atau merantau.
 
وعن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال‏: 
خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر 
أصاب الناس فيه شدة، فقال عبد الله بن أبي‏: 
لا تنفقوا على من عند رسول الله حتى ينفضوا وقال‏: 
لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل فأتيت
رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخبرته بذلك،
فأرسل إلى عبد الله بن أبي ، فاجتهد يمينه‏: ما فعل، فقالوا‏: 
كذب زيد رسول الله صلى الله عليه وسلم فوقع في نفسي
مما قالوا شدة حتى أنزل الله تعالى تصديقي 
{‏إذا جاءك المنافقون‏} ثم دعاهم النبي 
صلى الله عليه وسلم، ليستغفر لهم
فلووا رءوسهم‏. (‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)


Dari Zaid bin Arqam
 radhiallahu anhu, ia
 berkata: "kami pernah 
 keluar bersama 
Rasulullah Sallallahu
 Alaihi wa Sallam dalam
 sebuah perjalanan
 di mana orang-orang
 ditimpa kesusahan.
 Lalu Abdullah bin Ubay 
 berkata, jangan engkau 
memberi infaq kepada
 orang-orang yang bersama
 Rasulullah supaya mereka
 bersurai meninggalkan Rasulullah..
 Lalu ia berkata lagi,
 “sesungguhnya 
jika kita telah kembali 
ke Madinah, pastilah orang
 yang kuat akan mengusir 
orang-orang yang lemah 
dari sana”. Kemudian aku 
 mendatangi Rasulullah 
Sallallahu Alaihi wa sallam, 
lalu aku menceritakan hal tadi,
 maka beliau mengutus 
kepada Abdullah bin Ubay,
 namun ia bersumpah bahwa 
ia tidak melakukannya.
 Lalu orang-orang mengatakan¸
 “Zaid telah membohongi
 Rasulullah Sallallahu
 Alaihi wa Sallam”.
 Lalu beliau(Sallallahu
 alaihi wa Sallam)
 mencelaku dengan 
keras atas apa yang 
orang-orang katakan
 hingga Allah Subhanahu
 wa Taala menurunkan 
apa yang dapat 
membenarkanku 
 “apa bila datang 
orang-orang munafiq” 
(TMQ Al Munaafiquun:1). 
Kemudian Nabi SAW 
memanggil mereka 
untuk memintakan 
ampun bagi mereka, 
tapi mereka memalingkan
 wajah mereka." [Muttafaq alaih]
 
وعن عائشة رضي الله عنها قالت‏: 
قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صلى الله عليه وسلم :
إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي 
إلا ما أخذت منه، وهو لا يعلم‏؟‏ قال‏: ‏خذي 
ما يكفيك وولدك بالمعروف‏ (‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)



Dari Aisyah 
radhiallahu 
anha, ia berkata:
 Hindun isteri Abu Sufyan
 berkata kepada Nabi
 Sallallahu Alaihi wa Sallam
Sesungguhnya Abu Sufyan
 adalah seorang laki-laki 
yang pelik, ia tidak memberikan
 kepadaku apa yang
 mencukupi aku dan
 anakku kecuali apa 
yang aku ambil secara
 diam-diam tanpa 
pengetahuannya”. 
Lalu Nabi Sallahu
 Alaihi wa Sallam
 berkata “Ambillah apa yang
 mencukupimu dan anak-anakmu 
dengan cara 
yang baik (bil ma’ruf)
 [Muttafaq Alaih]